KLASIFIKASI KATA NAMA KHAS (KNK)
DEFINISI
~ Merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan seumpamanya.
~ Dalam tulisan Bahasa Melayu (BM), huruf pertama ditulis dengan huruf besar.
KLASIFIKASI
~ Dalam BM, KNK dibahagikan kepada 2 bahagian :
- KNK hidup (manusia dan binatang)
- KNK tidak hidup (objek)
~ Kategori KNK dalam bidang terjemahan boleh dikategorikan kepada pelbagai kumpulan mengikut kumpulan dan objektif sesuatu kajian.
MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS
~ Menterjemah KNK tidak harus dipandang mudah kerana :
- Mempunyai makna yang tersendiri
- Terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat
- Merujuk kepada fungsi dan makna tertentu - perlu difahami berdasarkan budayanya
- Contoh : dalam BM - Pak Pandir , dalam BA - Hatim al-Ta'i
~ Newmark (1988) - Perbezaan antara KNK dengan istilah budaya adalah walaupun KNK dengan istilah budaya merujuk kepada orang, benda atau proses sesuatu komuniti etnik, KNK hanya mempunyai satu rujukan sahaja sedangkan istilah budaya merujuk kelas-kelas entiti.
1) PENTERJEMAHAN KNK - NAMA ORANG/OBJEK
~ Menurut Newmark, secara teorinya nama orang atau objek berada di luar bahasa dan tidak mempunyai makna, maka ia tidak boleh diterjemahkan.
~ Secara umumnya, nama orang tidak diterjemahkan, hanya dipindahkan ke bahasa sasaran.
2) PENTERJEMAHAN KNK - NAMA ORANG
~ KNK Bahasa Arab seperti علي(Ali), محمد (Muhammad), فاطمة (Fatimah) dan زينب (Zainab) tidak perlu diterjemahkan, tetapi 2 perkara penting yang perlu diambil kira :
- Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi
- Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar
~ Sekiranya KNK itu ada padanannya ada dalam bahasa asing, seperti Bahasa Inggeris, penterjemah perlu tahu memilih padanan yang sesuai dalam BM.
Contoh : الإسكندر الأكبر (BA) - Alexander The Great (BI) - Iskandar Yang Agung (BM)
: داود (BA) - David (BI) - Daud (BM)
~ KNK yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan sama sekal. Sekiranya penterjemah melakukan juga, bermakna dia telah melakukan kesalahan yang berat.
~ Contoh : Longman (BI) menjadi لونجمان (BA) bukannya رجل طويل dan Longman (BM).
3) PENTERJEMAHAN KNK - NAMA NEGARA, BANDAR DAN TEMPAT
~ Mengekalkan nama bahasa sumber (tanpa perubahan atau perubahan seperti ejaan atau dengan keterangan tambahan).
~ Menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaraan.
~ KNK jenis ini dipindahkan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran
Contoh : Middle East - Asia Barat
: Silk Route - Laluan Sutera
: Atlantik Sea - Laut Atlantik
: Guantanamo Bay - Teluk Guantanamo
: Swat Valley - Lembah Swat
~ Sesetengah tempat dan bandar dalam BA ditulis dalam bahasa asing seperti BI dengan Kata Nama yang huruf Latinnya berbeza sama sekali dengan pedoman huruf Arab yang asal.
~ Kata Nama tersebut harus digunakan oleh penterjemah kerana ia sudah digunakan sejak dahulu lagi.
Contoh : al-Qahirah (BA) - Cairo (BI) - Kaherah (BM)
~ Penterjemah boleh menggunakan Kata Nama yang telah sedia ada.
~ Kata Nama tempat dalam bahasa asing boleh disebut dan ditulis secara luwes, sama ada mengikut perkataan Inggeris ataupun mengikut perkataan Arabnya yang asal.
~ Kata Nama tempat dalam BA hendaklah ditransliterasikan untuk mencari padanan terjemahannya dalam BM.
~ Nama bandar dan tempat yang dimulakan dengan kata sandang al seperti al-Qahirah, al-'Iraq dan al-Jaza'ir perlulah ditransliterasikan sahaja. Perkataan selepas al hendaklah dimulakan dengan huruf besar.
~ Terjemah/padankan nama tempat/bandar itu dengan perkataan yang telah sedia ada seperti al-Urdun dipadankan dengan Jordan.
4) PENTERJEMAHAN KNK - INSTITUSI/ORGANISASI
~ Diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjemahan di samping menggunakan akronim/mengekalkan akronim asal/rasmi yang digunakan.
~Selain itu terdapat juga nama institusi yag dipinjam terus daripada teks sumber ke dalam bahasa sasaran (tidak diterjemahkan).
5) PENTERJEMAHAN KNK - JAWATAN/GELARAN
~ Diterjemahkan mengikut kaedah pinjaman atau pinjam terjemah.
~ Memasukkan maklumat tambahan bagi nama-nama jawatan/gelaran yang tidak dapat dikenali untuk membantu pembaca memahami maksud nama tersebut.
6) PENTERJEMAHAN KNK - JUDUL/PERISTIWA
~ Lazimnya akan dikekalkan.
~ Bagi nama peristiwa/acara :
* Ada yang dikekalkan dalam teks sasaran
* Ada yang diterjemahkan secara literal/pinjaman campuran
3 STRATEGI KHAS DALAM PENTERJEMAHAN KNK
1 - Mengekalkan Kata Nama asal (TIDAK DITERJEMAHKAN)
2 - Menggantikan Kata Nama asal dengan kata lain (DITERJEMAHKAN MENGGUNAKAN TEKNIK PINJAMAN TERJEMAHAN, PINJAMAN CAMPURAN dll)
3 - Menggugurkan terus Kata Nama itu
No comments:
Post a Comment