Arabic Language is Beautiful !!
اللغة العربية لغة الجنة
BISMILLAH

Sunday, 15 June 2014
Tentang Kami :)
Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum kepada semua pembaca blog kami ini...Untuk post kali ini, kami akan menceritakan serba sedikit tentang diri kami...
~~ Saya NUR SYAHMEE AMIZA BINTI AB GHAFAR (A 144968).
~~ Penghuni Kolej Aminuddin Baki,UKM.
~~ Menetap di Kuantan,Pahang.
~~ Saya NUR SYAHMEE AMIZA BINTI AB GHAFAR (A 144968).
~~ Penghuni Kolej Aminuddin Baki,UKM.
~~ Menetap di Kuantan,Pahang.
... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
...إسمحني أن أعرف عن نفسي إليكم جميعا
...اسمي نورا أشاكيرا بنت قمرالزمان
...جئت من سلنجور
أنا طالب في الجامعة الوطنية الماليزية
...بكلية قسم الدراسات اللغة العربية والحضارة الإسلامية
...أحب اللغة العربية لأنها لغة القرآن ولغة المسلمين ولغة الجنة
MENTERJEMAH FUNGSI AYAT
> Ayat ada dua fungsi:
1) Bentuk
2) Fungsi
~Contoh:Ayat Boleh
ambilkan saya secawan teh ?
*Bentuk:
Ayat Tanya/pertanyaan
*Fungsi:
Suruhan
~Contoh: Siapa
kata saya penakut ?
*Bentuk:
Tanya
*Fungsi:
Cabaran
> Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat.
> Sudut makna: ayat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
1) ayat maklumat (informatif)
2) ayat perasaan (emotif)
3) ayat arahan (imperatif )
> 1) AYAT MAKLUMAT
~ Tujuan
ayat maklumat ialah untuk memberitahu sesuatu
~ Ayat maklumat terdiri daripada:
* Ayat perisytiharan, termasuk
makluman, pengumuman, pemberitahuan.
Contoh : Dengan
ini dimaklumkan bekalan air akan tergendala di Bandar Baru bangi selama dua
minggu. Oleh itu, penduduk yang terlibat diminta menyimpan air yang secukupnya.
* Ayat pernyataan.
Contoh : Ada
virus dalam komputer.
* Ayat takrifan termasuk definisi,
penjelasan dan penerangan.
Contoh : Angin ialah udara yang bergerak.
* Ayat Tegasan
Contoh : Benar bahawa manusia mempunyai
roh.
*Ayat Persetujuan termasuk
keizinan dan sokongan.
Contoh : Baiklah, awak boleh pergi
sekarang.
* Ayat nafian termasuk bangkangan, bantahan, dan tentangan.
Contoh : Saya tidak pernah berkata begitu.
: Saya tidak setuju.
* Ayat sangsian termasuk keraguan dan prasangka.
Contoh : Benarkan semua bangau putih?
* Ayat tanyaan termasuk soalan.
Contoh : Apa khabar ayah awak?
: Ada berapa inci dalam satu kaki?
* Ayat nilaian termasuk pendapat dan cita rasa.
Contoh : Perbuatan mencuri adalah berdosa.
* Ayat sudut pandangan.
Contoh : Dikaji dari sudut kejiwaan,
alat-alat perawatan wajah membawa faedah besar pada pengguna.
* Ayat syaratan.
Contoh : Kalau hari tak hujan, bolehlah
kita pergi memancing.
* Ayat cerita termasuk pemerian.
Contoh : Pada suatu hari saya tertinggal
komuter kerana datang lambat.
* Ayat janji termasuk ikrar dan sumpah.
Contoh : Saya bersumpah, selagi tidak
lulus, saya tidak akan berhenti mengambil peperiksaan.
> 2)AYAT PERASAAN
* Sejenis ayat yang sukar diterjemahkan.
* Antara puncanya ialah setiap bahasa mempunyai pelbagai perkataan emotif
sendiri.
* Ayat perasaan menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang.
* Tidak mengandungi maklumat dan tidak bermaksud menghendaki orang lain
melakukan sesuatu.
* Ciri utama perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat itu.
* Contoh
Ayat Perasaan:
# Ayat marah.
~Kalau ikutkan hati, saya bunuh
awak sekarang juga.
# Ayat gembira.
~Alamak! Seronoknya dapat hadiah.
# Ayat sanjungan.
~Hanya Tuhan yang dapat membalas
budi tuan.
# Ayat ejekan.
~Hai! Ular lidi hendak jadi naga?
# Ayat dukaan.
~Saya tak sanggup hidup lagi kalau
kaki saya terpaksa dipotong.
# Ayat sindiran.
~Hujan ribut lagi berhenti, ini
pula orang makan.
# Ayat cacian.
~Kucing kurap tak sedar diri! Ada
hati nak meminang anak kita.
# Ayat kutukan.
~Kereta sial! Satu sen tak guna!
Harga mahal tapi tak boleh pakai.
# Ayat cabaran.
~Kalau berani, mari kita bertumbuk
sekarang.
# Ayat kejutan.
~Masya Allah, apa yang dibuatnya
dengan duit sebanyak itu?
> 3)AYAT ARAHAN
- Jenis Ayat Arahan:
$ Ayat perintah
~Serang!
~Hapuskan mereka !
$ Ayat suruhan
~Ambilkan secawan kopi.
~Hantarkan kereta sekarang juga.
$ Ayat larangan termasuk tegahan.
~Jangan pijak rumput di laman itu.
~Jangan hisap rokok.
$ Ayat panduan.
~Mula-mula panasakan minyak,
kemudia tumis bahan-bahan yang dikisar tadi.
$ Ayat amaran termasuk ancaman.
~Kalau awak berani datang lambat
lagi, saya pecat awak.
$ Ayat undangan.
~Sudilah datang ke rumah saya
apabila musim durian nanti.
$ Ayat silaan.
~Jemputlah masuk, ayah ada di
dalam.
$ Ayat ajakan.
~Marilah kita melabur untuk masa
depan.
$ Ayat gesaan.
~Cepatlah bawa budak itu ke
hospital.
$ Ayat tawaran.
~Kalau anda mahu, saya sanggup
hantar barang ini ke rumah anda.
$ Ayat peraturan.
~Para pelajar masuk ikut Pintu B.
Para Jemputan masuk ikut Pintu C.
MENTERJEMAH KATA GANTI NAMA
*DEFINISI
~ Kata yang digunakan untuk
menggantikan kata nama lain seperti kata ganti nama diri untuk menunjukkan
orang, misalnya dia, saya, kamu.
*Kata Ganti Nama terbahagi kepada dua bahagian, iaitu :
1) Bariz (Nyata) ____ a) Munfasil (terpisah)
____ b) Muttasil (bersambung)
2) Mustatir (Tersembunyi) _____ a) Wajib al-istitar
_____ b) Ja'iz al-istitar
*Kata Ganti Nama bagi Mudhakkar
~ أنا ، نحن ، أنتَ ، أنتما ، أنتم ، هو ، هما ، هم
*Kata Ganti Nama bagi Mu'annath
~ أنا ، نحن ، أنتِ ، أنتما ، أنتنَّ ، هي ، هما ، هنَّ
# Menterjemah أنا
أنا أحترم الكبير
•Padanan أنا : saya, aku, beta, patik, hamba
Terjemahannya:
1.Saya (lelaki
/ perempuan) menghormati orang tua.
2.Aku
(lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
3.Beta
(lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
4.Patik
(lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
5.Hamba
(lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
# Menterjemah نحن
نحن نحترم الكبير
1.Kami
(lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
2.Kita (lelaki
/ perempuan) menghormati orang tua.
# Menterjemah أنتَ
أنتَ تحترم الكبير
1.Awak / kamu / anda / engkau (lelaki) menghormati orang tua.
# Menterjemah أنتِ
أنتِ تحترمين الكبير
1.Awak / kamu / anda / engkau (perempuan) menghormati orang tua.
# Menterjemah أنتما
أنتما تحترمان الكبير
1.Awak / kamu/ anda / engkau (berdua (lelaki / perempuan) menghormati orang tua.
# Menterjemah أنتم
أنتم تحترمون الكبير
1.Awak / kamu / engkau / anda (ramai / lelaki) menghormati orang
tua.
# Menterjemah أنتنَّ
أنتنَّ تحترمن الكبير
1.Awak / kamu / engkau / anda (ramai / perempuan) menghormati
orang tua.
# Menterjemah هو
هو يحترم الكبير
1.Dia (lelaki) menghormati orang tua.
# Menterjemah هي
هي تحترم الكبير
1.Dia (perempuan) menghormati orang tua.
# Menterjemah هما
هما يحترمان الكبير
1.Mereka (berdua – lelaki) menghormati
orang tua.
# Menterjemah هما
هما تحترمان الكبير
1. Mereka (berdua - perempuan) menghormati
orang tua.
# Menterjemah هم
هم يحترمون الكبير
1. Mereka (ramai - lelaki) menghormati orang tua.
# Menterjemah هنَّ
هنَّ يحترمن الكبير
1. Mereka (ramai - perempuan) menghormati
orang tua.
MENTERJEMAH UNSUR BUDAYA
Apa itu budaya ???
Definisi budaya ialah :
Definisi budaya ialah :
- tamadun, peradaban
- kemajuan fikiran
- bersifat budaya
Jenis-jenis budaya by ( AZIZ ET.AL 1981:46 )
- budaya ekologi
- budaya sosial
- budaya ideologi
- budaya material
Jenis-jenis budaya by ( NEWMARK 1988:95 )
- budaya ekologi
- budaya sosial
- budaya material
- budaya adat resam
- budaya gerak tubuh
Thursday, 12 June 2014
TAHUKAH ANDA ????
- Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Arab? Sekarang setiap murid-murid sekolah rendah diwajibkan mempelajari Bahasa Arab. Maka sudah sampai masanya anda mempelajari Bahasa Arab untuk kegunaan sendiri dan kemudian boleh mengajarkannya kepada anak-anak anda.
- Hanya pelajar-pelajar yang menguasai Bahasa Arab sahaja yang dipilih oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri! Inilah waktunya anda memperkukuhkan pengetahuan dan mempertingkatkan penguasaan serta kefahaman anda terhadap Bahasa Arab.
- Bahasa Kedua terbesar penggunaannya di dunia ialah Bahasa Arab? Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting, selain penggunaanya yang global, ia juga merupakan sumber maklumat utama selain Bahasa Inggeris. Banyak sumber-sumber maklumat yang diperolehi sekarang ini didapati daripada sumber satelit terkenal berbahasa Arab iaitu Al-Jazeera.
- Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab? Kerana ia adalah Bahasa Mukjizat dan bahasa pertuturan nabi junjungan kita Muhammad (SAW). Pengetahuan Bahasa Arab amat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering kita baca setiap hari. Bahkan ia merupakan fardu kifayah ke atas semua umat islam.
- Perkataan-perkataan yang dibaca di dalam solat juga adalah di dalam Bahasa Arab? Oleh sebab itu, perlu untuk setiap umat islam mengetahui makna setiap perkataan yang disebutkan di dalam solat, untuk menjadikan solat kita lebih khusyuk!
Subscribe to:
Posts (Atom)