> Ayat ada dua fungsi:
1) Bentuk
2) Fungsi
~Contoh:Ayat Boleh
ambilkan saya secawan teh ?
*Bentuk:
Ayat Tanya/pertanyaan
*Fungsi:
Suruhan
~Contoh: Siapa
kata saya penakut ?
*Bentuk:
Tanya
*Fungsi:
Cabaran
> Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat.
> Sudut makna: ayat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
1) ayat maklumat (informatif)
2) ayat perasaan (emotif)
3) ayat arahan (imperatif )
> 1) AYAT MAKLUMAT
~ Tujuan
ayat maklumat ialah untuk memberitahu sesuatu
~ Ayat maklumat terdiri daripada:
* Ayat perisytiharan, termasuk
makluman, pengumuman, pemberitahuan.
Contoh : Dengan
ini dimaklumkan bekalan air akan tergendala di Bandar Baru bangi selama dua
minggu. Oleh itu, penduduk yang terlibat diminta menyimpan air yang secukupnya.
* Ayat pernyataan.
Contoh : Ada
virus dalam komputer.
* Ayat takrifan termasuk definisi,
penjelasan dan penerangan.
Contoh : Angin ialah udara yang bergerak.
* Ayat Tegasan
Contoh : Benar bahawa manusia mempunyai
roh.
*Ayat Persetujuan termasuk
keizinan dan sokongan.
Contoh : Baiklah, awak boleh pergi
sekarang.
* Ayat nafian termasuk bangkangan, bantahan, dan tentangan.
Contoh : Saya tidak pernah berkata begitu.
: Saya tidak setuju.
* Ayat sangsian termasuk keraguan dan prasangka.
Contoh : Benarkan semua bangau putih?
* Ayat tanyaan termasuk soalan.
Contoh : Apa khabar ayah awak?
: Ada berapa inci dalam satu kaki?
* Ayat nilaian termasuk pendapat dan cita rasa.
Contoh : Perbuatan mencuri adalah berdosa.
* Ayat sudut pandangan.
Contoh : Dikaji dari sudut kejiwaan,
alat-alat perawatan wajah membawa faedah besar pada pengguna.
* Ayat syaratan.
Contoh : Kalau hari tak hujan, bolehlah
kita pergi memancing.
* Ayat cerita termasuk pemerian.
Contoh : Pada suatu hari saya tertinggal
komuter kerana datang lambat.
* Ayat janji termasuk ikrar dan sumpah.
Contoh : Saya bersumpah, selagi tidak
lulus, saya tidak akan berhenti mengambil peperiksaan.
> 2)AYAT PERASAAN
* Sejenis ayat yang sukar diterjemahkan.
* Antara puncanya ialah setiap bahasa mempunyai pelbagai perkataan emotif
sendiri.
* Ayat perasaan menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang.
* Tidak mengandungi maklumat dan tidak bermaksud menghendaki orang lain
melakukan sesuatu.
* Ciri utama perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat itu.
* Contoh
Ayat Perasaan:
# Ayat marah.
~Kalau ikutkan hati, saya bunuh
awak sekarang juga.
# Ayat gembira.
~Alamak! Seronoknya dapat hadiah.
# Ayat sanjungan.
~Hanya Tuhan yang dapat membalas
budi tuan.
# Ayat ejekan.
~Hai! Ular lidi hendak jadi naga?
# Ayat dukaan.
~Saya tak sanggup hidup lagi kalau
kaki saya terpaksa dipotong.
# Ayat sindiran.
~Hujan ribut lagi berhenti, ini
pula orang makan.
# Ayat cacian.
~Kucing kurap tak sedar diri! Ada
hati nak meminang anak kita.
# Ayat kutukan.
~Kereta sial! Satu sen tak guna!
Harga mahal tapi tak boleh pakai.
# Ayat cabaran.
~Kalau berani, mari kita bertumbuk
sekarang.
# Ayat kejutan.
~Masya Allah, apa yang dibuatnya
dengan duit sebanyak itu?
> 3)AYAT ARAHAN
- Jenis Ayat Arahan:
$ Ayat perintah
~Serang!
~Hapuskan mereka !
$ Ayat suruhan
~Ambilkan secawan kopi.
~Hantarkan kereta sekarang juga.
$ Ayat larangan termasuk tegahan.
~Jangan pijak rumput di laman itu.
~Jangan hisap rokok.
$ Ayat panduan.
~Mula-mula panasakan minyak,
kemudia tumis bahan-bahan yang dikisar tadi.
$ Ayat amaran termasuk ancaman.
~Kalau awak berani datang lambat
lagi, saya pecat awak.
$ Ayat undangan.
~Sudilah datang ke rumah saya
apabila musim durian nanti.
$ Ayat silaan.
~Jemputlah masuk, ayah ada di
dalam.
$ Ayat ajakan.
~Marilah kita melabur untuk masa
depan.
$ Ayat gesaan.
~Cepatlah bawa budak itu ke
hospital.
$ Ayat tawaran.
~Kalau anda mahu, saya sanggup
hantar barang ini ke rumah anda.
$ Ayat peraturan.
~Para pelajar masuk ikut Pintu B.
Para Jemputan masuk ikut Pintu C.
No comments:
Post a Comment