KONSEP PENTERJEMAHAN
Kesimpulan daripada konsep penterjemahan yang telah dikemukakan oleh Nida (1964), Catford (1965) dan Newmark (1981) menunjukkan bahawa penterjemahan sebenarnya ialah kerja mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata asalnya dalam teks sumber agar makna asalnya dapat disampaikan kepada pembaca teks sasaran.
KONSEP PADANAN
Mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan. Ianya juga merupakan masalah utama teori terjemahan. Setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan dalam proses penterjemahan.
ISTILAH PADANAN TERJEMAHAN
Penggunaan istilah padanan terjemahan diterima pakai dalam ilmu sains penterjemahan setelah ia dipinjam daripada ilmu Matematik atau ilmu logik (Wills 1982) sebagai satu usaha untuk mendapatkan satu terminologi yang lebih berotonomi. Orang yang pertama menggunakan konsep padanan dalam kerangka ilmu sains terjemahan ialah Jakobson (1959) melalui artikenya On Linguistic Aspect of Translation.
Nida (1964) telah memperkenalkan 2 jenis padanan :
1) Padanan Formal
~ Jenis padanan ini penterjemah akan berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal dan menepati makna sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal. Penterjemah juga akan menghasilkan semula beberapa elemen formal termasuk unit tatabahasa, keselarian dalam penggunaan perkataan dan pengekalan makna mengikut konteks bahasa sumber.
~ Contoh : Kata Nama diterjemahkan ke bentuk Kata Nama
: Kata Kerja diterjemahkan ke bentuk Kata Kerja
~ Padanan jenis ini mengekalkan kedudukan ungkapan, frasa dan ayat seperti yang terdapat dalam teks asal tanpa diubah susunan dan bentuknya.
~ Padanan jenis ini juga menitikberatkan semua petunjuk formal seperti tanda baca, pembahagian perenggan dan penanda puisi.
~ Padanan formal memberi tumpuan kepada indeks pengistilahan bagi tujuan keselarian dalam penggunaan perkataan-perkataan bermaksud menterjemah istilah tertentu bahasa sumber dengan istilah yang sama daripada bahasa sasaran.
~ Kesan jenis padanan formal :
- hasil terjemahan kelihatan janggal
- tidak membawa makna atau hilang keaslian terjemahan
- kerap kali memerlukan nota kaki untuk lebih difahami
~ Dari sudut makna, pembaca sasaran terpaksa memahami makna melalui cara teks asal mempersembahkan makna menggunakan elemen budaya asalnya. Melalui cara ini pembaca sasaran boleh memahami adat resam, perlakuan fikiran, makna ujaran yang diterjemahkan.
~ Keadaan menjadi sukar sekiranya pembaca sasaran tidak mempunyai pengetahuan asas tentang bahasa sumber.
2) Padanan Dinamis
~ Mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran.
~ Penterjemah tidak terikat dengan bentuk teks asal.
~ Hasil terjemahan mempunyai bentuknya yang tersendiri.
~ Lebih cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran.
~ Tujuan utama padanan dinamis digunakan adalah untuk menyampaikan mesej teks sumber kepada pembaca sasaran dengan sebaik-baiknya.
~ Perkara yang amat dipentingkan ialah makna dan maksud yang terkandung dalam teks asal.
~ Untuk menghasilkan terjemahan yang bersifat dinamik, penterjemah perlu :
- Membuat pengubahsuaian dalam aspek tatabahasa - mengubah susunan perkataan, menukar bentuk kata, contoh : Kata Nama kepada Kata Kerja
- Penyesuaian leksikal adakalanya diperlukan
- Menyesuaikan unsur anakronisme atau sesuatu yang ketinggalan zaman dengan sebaik mungkin.
~ Padanan dinamik memberi impak yang jelas – ketepatan sesuatu mesej dalam konteks tertentu tidak hanya bergantung pada pencarian padanan formal yang melibatkan unsur-unsur bahasa sahaja, tetapi pengolahan dan penyesuaian hasil terjemahan mengikut struktur dan budaya bahasa sasaran juga penting.
PADANAN SEJADI YANG TERDEKAT
~ Nida (1964) menyarankan padanan sejadi
yang terdekat dari segi makna dan stail/gaya.
~ Beliau menggariskan:
* Padanan bukan keserupaan - hanya maklumat yang sama disalin, bukan maklumat yang serupa
* Terpaksa melakukan penyesuaian dari segi tatabahasa dan leksikal
* Gaya masih dikekalkan - Contoh : gaya puisi
~ Padanan yang sejadi dirumuskan sebagai hasil terjemahan apabila dibaca seolah-olah ia ditulis dalam bahasa sasaran dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk bahasa sumber, bahkan terdapat pembaharuan terhadap unsur-unsur lama atau klasik.
Nida (1964) mengemukakan jenis padanan dalam penterjemahan
1 - satu lawan satu
2 - satu lawan banyak
3 - banyak lawan satu
4 - satu lawan tiada
Ainon Mohd (1987)
# Padanan terjemahan berkemungkinan :
- Terdekat tetapi tidak sejadi –
pulut kuning dipadankan dengan yellow rice.
- Sejadi tetapi tidak terdekat – doctor
dan tabib (konotasi negatif pada orang Melayu).
- Terdekat yang sejadi – lawyer
dipadankan
dengan peguam.
STRATEGI MENCARI PADANAN
ØMashudi Kader
& Low Bee Eng (1991) mengutarakan:
◊Mencari padanan kata yang
membabitkan pemindahan konsep daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran dan setelah konsep
berpindah, maka label linguistik yang sesuai perlu dicari.
◊Label linguistik yang dipilih sebagai padanan dalam bahasa sasaran mestilah merujuk fungsi, makna dan peranan yang sama dalam bahasa sumber.
Padanan yang sebaik-baiknya ialah padanan satu lawan satu.
Sampai di sini dahulu yang dapat saya kongsikan bersama anda.... :)
No comments:
Post a Comment